Wednesday 15 March 2017

TARIAN KEBUDAYAAN JOHOR

Pelbagai tarian kebudayaan di malaysia. johor adalah antara negeri yang mempunyai pelbagai tarian yang menari untuk di terokai


Image result for kuda kepang johor

Tarian kuda kepang 

Kuda kepang merupakan permainan tradisi yang digemari oleh Johor, terutamanya Jawa. Ia berupa patung anyaman yang berbentuk kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh anyaman atau kulit yang dicorakwarnakan supaya lebih menarik.
Lazimnya 1 kumpulan mempunyai 10~15 penari. Salah seorang bertindak sebagai ketua (dayang). Pada awal, gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal. Tarian ini biasanya ditunjukkan di majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana sewaktu menyambut orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.
Menurut kepercayaan, ia dikuasai oleh kuasa ghaib. Lantaran itu, 1 upacara perlu dilakukan sebelum bermain. Jika gagal, sesuatu yang tidak diingini akan menimpa. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu, bomoh akan menjampi untuk membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40inci dengan 60inci




Image result for zapin johor

Zapin Johor

Salah satu tarian pergaulan yang utuh ialah tarian Zapin. Dari perspektif sejarah perkembangan, zapin yang menular luas mengalami pengubahsuaian dari segi ragamnya yang nyata tradisional sifatnya. Namun banyak genre zapin tradisional hanya tersebar ke daerah tentu dan satu genre zapin yang dinamik dikatakan masih terdapat di Johor.
Di Johor, zapin yang dikenali dalam 2 bentuk (Zapin Melayu & Zapin Arab) melihatkan bezanya dari unsur peradap tariannya. Pada realiti dua genre zapin itu berasal dari 1 kesenian Arab di bawah Hadramaut.
1 hal menarik mengenai Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment