Wednesday 15 March 2017

SENI BINA JOHOR

SENI BINA JOHOR DI TERAPKAN DI MASJID


Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. 

Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang indah ini dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir.

Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.

Senibina dan rekabentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. 

Masjid ini juga merupakan mercu tanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah dan Timur Tengah pada hujung abad ke-19.

Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah. (sumber wikipedia)

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek Sultan Ibrahim ke 2, Bandar Maharani Muar ini telah di bina di tapak yang bertentangan dengan Masjid Jamek yang pertama dulu. Ianya direka menyamai rekaan masjid lama tapi lebih besar dan luas. Ianya dibuka pada tahun 2002. 

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Lama Kg. Olak Sepam di Pagoh, Muar

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Al Ghafirin di Punggur, Rengit

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Felda Bukit Ramun di Kulai

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Iskandar di Kem Iskandar, Mersing

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek di Kota Tinggi

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek di Mersing

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek di Skudai Baru

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jannatul Firdaus di Kg. Jawa, Segamat

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Kg. Istana di Batu Pahat

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail di Kulai

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Pasir Gudang

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Tun Hussein Onn di Larkin

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek di Pekan Pontian

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Muar

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek Sultan Ismail di Batu Pahat

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Ghani Othman di Kota Tinggi

Jika di lihat...kebanyakan senibina masjid di negeri Johor sinonim dengan warna kubah atau bumbung berwarna biru. Rekabentuk kolonial diadun dengan senibina Timur Tengah.

Sungguh menarik sekali. Ianya menonjolkan keindahan senibina dan rekabentuk masjid-masjid di Negeri Johor ini.

No comments:

Post a Comment