Wednesday 15 March 2017

MUZIK KEBUDAYAAN JOHOR


GHAZAL

Ghazal merupakan kesenian tradisional yang popular dewasa ini. Pada permulaannya, ini disebut sebagai ‘gamat’ yang bererti nyanyian dan beriuh rendah berasal dari Tanah Arab.
Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa bangsawan Johor yang berulang-alik Riau mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kepada Sultan Johor pada ketika itu di Teluk Belanga, singapura
Perkembangan ghazal di Johor dikaitkan dengan Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah baru, beliau turut memperkenalkannya di rumah penghulu dan hari keramaian tertentu.
Ghazal terdiri daripada Peti harmonikaBiolaGambus dan Tabla atau Do (Gendang). Kemudian ini ditambah dengan beberapa alat yang sesuai seperti gitarkecapi JepunKeroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik lain seperti ukeleli dan sebagainya. Oleh kerana terlampau mengganggu serta menghilangkan silau dan lemah lembut lagu Melayu maka alat itu dibatalkan.

Pada 2003, muzik Ghazal telah dimartabatkan oleh Datuk Sharifah Aini menerusi konsert solo beliau iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini yang diiringi oleh penari-penari Warisan Johor. Beliau yang merupakan anak kelahiran Johor begitu kagum dengan keindahan dan keunikan muzik Ghazal tersebu


Image result for PETI HARMONIKA
PETI HARMONIKA 


Image result for BIOLA
BIOLA



Image result for GAMBUS
GAMBUS



Image result for TABLA
TABLA


Image result for GENDANG
DO (GENDANG)


No comments:

Post a Comment