Wednesday 15 March 2017

SENI BINA JOHOR

SENI BINA JOHOR DI TERAPKAN DI MASJID


Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. 

Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang indah ini dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir.

Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.

Senibina dan rekabentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. 

Masjid ini juga merupakan mercu tanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah dan Timur Tengah pada hujung abad ke-19.

Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah. (sumber wikipedia)

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek Sultan Ibrahim ke 2, Bandar Maharani Muar ini telah di bina di tapak yang bertentangan dengan Masjid Jamek yang pertama dulu. Ianya direka menyamai rekaan masjid lama tapi lebih besar dan luas. Ianya dibuka pada tahun 2002. 

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Lama Kg. Olak Sepam di Pagoh, Muar

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Al Ghafirin di Punggur, Rengit

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Felda Bukit Ramun di Kulai

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Iskandar di Kem Iskandar, Mersing

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek di Kota Tinggi

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek di Mersing

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek di Skudai Baru

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jannatul Firdaus di Kg. Jawa, Segamat

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Kg. Istana di Batu Pahat

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail di Kulai

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Pasir Gudang

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Tun Hussein Onn di Larkin

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek di Pekan Pontian

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Muar

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Jamek Sultan Ismail di Batu Pahat

Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor
Masjid Ghani Othman di Kota Tinggi

Jika di lihat...kebanyakan senibina masjid di negeri Johor sinonim dengan warna kubah atau bumbung berwarna biru. Rekabentuk kolonial diadun dengan senibina Timur Tengah.

Sungguh menarik sekali. Ianya menonjolkan keindahan senibina dan rekabentuk masjid-masjid di Negeri Johor ini.

MUZIK KEBUDAYAAN JOHOR


GHAZAL

Ghazal merupakan kesenian tradisional yang popular dewasa ini. Pada permulaannya, ini disebut sebagai ‘gamat’ yang bererti nyanyian dan beriuh rendah berasal dari Tanah Arab.
Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa bangsawan Johor yang berulang-alik Riau mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kepada Sultan Johor pada ketika itu di Teluk Belanga, singapura
Perkembangan ghazal di Johor dikaitkan dengan Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah baru, beliau turut memperkenalkannya di rumah penghulu dan hari keramaian tertentu.
Ghazal terdiri daripada Peti harmonikaBiolaGambus dan Tabla atau Do (Gendang). Kemudian ini ditambah dengan beberapa alat yang sesuai seperti gitarkecapi JepunKeroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik lain seperti ukeleli dan sebagainya. Oleh kerana terlampau mengganggu serta menghilangkan silau dan lemah lembut lagu Melayu maka alat itu dibatalkan.

Pada 2003, muzik Ghazal telah dimartabatkan oleh Datuk Sharifah Aini menerusi konsert solo beliau iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini yang diiringi oleh penari-penari Warisan Johor. Beliau yang merupakan anak kelahiran Johor begitu kagum dengan keindahan dan keunikan muzik Ghazal tersebu


Image result for PETI HARMONIKA
PETI HARMONIKA 


Image result for BIOLA
BIOLA



Image result for GAMBUS
GAMBUS



Image result for TABLA
TABLA


Image result for GENDANG
DO (GENDANG)


PAKAIAN KEBUDAYAAN JOHOR

Pelbagai jenis baju kebudayaan yang dapat kita lihat di malaysia. mari kita pelajari sebahagian baju tradisi malaysia datang nya dari negeri johor.




Image result for baju riau johor

Baju Riau


Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis




Image result for baju belah kebaya panjang

Baju Belah Kebaya Panjang


Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.
Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga



Image result for baju melayu cekak musang

Baju Melayu Cekak Musang

Baju melayu ialah pakaian tradisional lelaki melayu. Istilah Cekak Musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar


Image result for baju teluk belanga

Baju Teluk Belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’



Image result for baju kurung johor

Baju Kurung


Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri